Friday, December 14, 2012

takdak tajuk

Alhamdulillah. dah selesai 2 kerja tertanggung. psm dgn sm. walaupun tak bagus mana, tp at least aku dah cuba. wuhuuu,,, sebenaqnya x leh nk wuhuu sgt.. ada lagi 5 yang still pending. -.-
ok baik lah. aku mesti bekerja keras sekarang !

nantikan update resepi baruuuuu dari aku. heh. :)

Monday, December 10, 2012

sepagi bersama

er, hello. selamat pagi ! wah, best bgn pagi-pagi neh ! sejuk- sejuk - sejuk. okay. memang sejuk pun. buka pintu dengan tingkap luas-luas, biar udara sejuk masuk. peh memang terbaik ah ! walaupun tersasar teruk dari target. now dah pukul 7.30 am, aku target nak bangun pukul 5.00 am. see? jauh kan lari tuh? tapi takpe. udara masih sejuk. hehe !

eh, aku mana ada kelas hari nih. bangun awal pun sebab nak siapkan kerja kerja sekolah yang still pending. LOL. banyak tau. semua due date sekembar je. tapi kalo takda keja pun aku still bangun awal tau. haha. what the motif nak bagitau? haha. saja ja nak tunjuk aku bangun awal. heh. tak riak kan?


nilah senarai sepagi bersama aku tuh. selamat menunggu turn anda ye !

Selasa 8.00 pm-11.00 pm : report - slide - presentation Facility Management
Rabu 9.30 am : presentation PSM I (perlu siapkan slide dengan report =,=
Rabu sebelum 5.00 pm : report Strategic
Jumaat : 8.00 am : presentation Strategic


banyak keja pun still boleh blog lagi? err tu sebab nak ambik mood lah. aku janji akan buat rajin rajin sampai siap jugak hari ni semua kerja nih. Ganbatte !! Selamat bekerja keras wahai pelajar !

sambil-sambil tu, pekena dulu milo secawan dua. aku tak minum kopi jadi milo pun orait sangat daa..


thank you for reading this entry ! babai

Thursday, December 6, 2012

Karamel oh Mudahnya [rumah sewa style]

angin sepoi-sepoi. cuaca redup. tanda-tanda awan hujan makin jelas. tapi tu semua bukan persoalan kat sini. sbb aku, bukan terlibat untuk semua kejadian tu. tugas aku kat sini menconteng secoret dua utk entri si owner blog kali neh. haha, mcm annoying je. tp who's care. at the end aku gak yang nak baca blog si owner neh. bosan-bosan hadap petang yang takda aktiviti berpekdah, mula la fikiran mencari idea untuk mengenyangkan si perut. then, guess what? karamel come across ! seumur hidup cuma tau makan. makan pon beli sepotong dua kat pasar. tuh pon pasar ramadhan hokey. terbang la duit untuk sekeping cuma rm2. poor -__-"
then, memandangkan one of us yang master dlm bab-bab karamel nih. so the mission begin! karamel tak sesusah mcm nak buat pengiraan add math. tuh fakta! karamel by fira (cewah credit to pembuat karamel plak) mudah. erh salah, amat mudah. budak kecik pon boleh sengeh cakap "alahai, semudah ni je".  so, ilmu yang baik, yang mudah, wajiblah dikongsi. wajiblah update satu entri untuk owner blog hantu makan-makan neh (bodek skit, pheww) haha, let's have a look how we made a simple karamel di petang yang sepoi-sepoi. :)


Bahan-bahan A
7 biji telur
6 sudu gula pasir
1 tin susu cair
1 sk esen vanila

Bahan-bahan B (untuk gula hangus)
7 sudu gula pasir

Cara masak
- Bahan A (campur semua dan kacau sebati)
-Bahan B (masak di atas dapur dengan api yang kecil sehingga gula jadi keperang-perangan)
-Tuang Bahan A ke dalam Bahan B
-Kukus selama setengah jam


gula hangus yang keperang-perangan. nampak sedap kan? hee~ make sure kacau dan sentiasa kacau  elak hangit okeh.



bila dah masak gula hangus tuh, masuk Bahan A yang dah siap dikacau sebati. oh mudah.

neh la umah sewa style. guna periuk untuk kukus. pon boleh. sbb umah takdak pengukus. okey? mudah jugak kan? hehe :)


okey. here we go! mcm neh la rupa sebelum dikukus selama setengah jam.


taraa ! sekali lagi umah sewa style. sila faham tudung periuk hilang tak dapat dikesan. poor again. -__-" asal boleh, guna yang ada. mudah kan? one more, sila abaikan botol sos dan seangkatannya di tepi. huhu..

hasilnya.....


okey. hasilnya. neh la Karamel oh mudahnya by fira. mudah. dan sangat sedap. sila percaya! hehe..

p/s : kalau nak lagi beshhhh, simpan la karamel tuh sekejap dlm peti ais. serius beshhh bila makan.
p/s : entri ditulis secara paksaan. owner blog memaksa. -__-"


saya yang dipaksa,
kawan.



Wednesday, December 5, 2012

Ayam Percik Simple [Resepi]

Annyeong !!
hari ni aku nak share resepi paling mudah dalam dunia.
tolak masak air dengan goreng telur tau.

:: AYAM PERCIK ::

^____^


Bahan - bahan :

1/4 @ 1/3 @ 1/2 ekor ayam (ikut saiz)

(bahan blend)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inchi halia
3 sudu cili boh
1 sudu kecil ketumbar
200 ml santan pekat
garam & gula secukup rasa

*blend dia lumat-lumat ^_^


Cara cara dia :

potong ayam kecil-kecil - basuh bersih-bersih dengan air tepung gandum.
toskan.
masukkan bahan blender & ayam dalam periuk. 
perap 30 minit.

lepas tu rebus. agak-agak ayam dah masak tu, asingkan ayam untuk digoreng.
(nak bagi ayam tu rasa macam minyak-minyak sikit)

untuk kuah dalam periuk tu pulak, kecilkan api, renehkan kejap.
agak-agak kuah dah pekat tu. dah siap masak ler tu.
mudah kan ?


Tadaaa !!

sonang ja nak masak ayam percik nih.. selamat mencuba ! ^^,

Friday, November 30, 2012

Face The Reality

gambar lama.
1980-an


my lovely mom & dad
- 1988 -
&
ME
yang nampak belakang baju kaler emas tu bapak aku masa muda.
mak tidoq ka tu ? :P

Bestnya jadi budak kecik. takyah pikiaq langsung hal-hal dunia yang memenatkan.
ohh. zaman tu dah lama berlalu.
face the reality.

i'm 24 years old just now.
- 2012 -




peace !

Monday, November 26, 2012

SEOUL FM best jugak lah !

Annyeong !!


sapa peminat lagu-lagu korea kat sini ? aku nak share link radio online SEOULFM ! sapa yang dah tahu tu shhhh.... diam-diam. sapa yang belum tahu nih LINK dia.... lagu-lagu kat sini semua best-best sedap jadi halwa telinga bagi aku masa buat psm. hihi.. selamat menjamu telinga semua ! :)


Thursday, November 22, 2012

Hari bahagia.

hari ni hari yang bahagia bagi aku.
sebab ??










hari ni dapat baju baru.. yey !
nih dia..


dah lama tak beli baju baru.
cehceh.. yola tu...

tapi baju aku yang atas kiri tu ja.
yang lain2 baju membe.. lawa kan?

babai.

Friday, November 16, 2012

i love you more momo


kadang-kadang bila kita buat sesuatu yang tak dirancang tu memang best kan?

sebabnya hari ni memang aku buat benda tak rancang ni... oke tajuk kali ni memang macam erkkk je kn. x per... sebab momo lah aku hepi.  sayang momo lebih lebihan lah !

kisahnya macam ni. pagi tadi bangun-bangun pagi badan terus rasa macam lemah semangat macam nak tido terus malas nak bangun. sebab rasa macam tu, mula la nak cari idea nak bagi hilang rasa tak bagus tu.
dah dapat idea ! roomate nak balik kg, selalu dia balik naik bas je dari sini. tp hari ni dia nak beli barang kat BP-Mall. aku pun apa lagi, idea aku adalah offer nak pi hantaq dia lah !, tp kt bp-mall jelah. kuikui.. tapiii pi dgn momo tau. huiiii... tengah hari rembang,panas lit2 haaa...x peerrr....janji bleh pi BP. (BP=batu pahat)

merempitlah 2,2 orang gadis ayu nih dengan momo dari parit raja ke batu pahat. okey. dah 2 tahun aku duk sini tapi tak pernah lagi lah aku bawak moto sejauh tuhhh. bahaya beb. orang yang duk sini tau lah jalan kat sini bahayanya camna. tapi entah hantu apa yang merasuk hari ni. teruss pi tak pikiaq apa dah.

yang paling besttttttttttttt sangat hari ni sebabbbbbbbb aku nak tengok movie ISTANBUL AKU DATANG ! last-last dapat jugak....waaaa... best sangat crita niiiii. best best. kalo ada orang nak ajak aku pi tengok lagi sekali pun aku nak ! phewww... so sweet lah lisa... :) nasib ending dia macam yang aku nak. kahkah... so, sapa-sapa yang tak tengok lagi tu. sila-sila lah. kompom tak nyesal..

malas tulis panjang, bukan ada orang nak baca pun. huahua.... layan gambar jelah...zasss....

omo... comel sangat lisa dalam ni.... beto pun. love both.. tapi tomok...erkk....=,=''


sambil tunggu nak masuk dalam, amik dulu pic sebutir dua buat bukti bagi kawan-kawan jeles kan. keji.


cerita yang best. my roomate ni sampai nangis2..opss....
5 bintang aku bagi. nah amik.
.
.
.
.
.
.
.
lepas keluar wayang laju-laju pi order takoyaki. sedappnyaaa... masih terbayang makanan kegemaran  =,=


bila lah nak siap nie... nak makan. nak makan. grrr..



yayyyy... akhirnya sampai jugak ! big smileeeeeeee.... comel ja my roomate ni senyum kankan

tadaaaaaaaaaaa...


nyummm..nyuumm... jemput makan.... bismillah....



lepas kenyang masing-masing ikut haluan sendiri. sorang ke melaka lagi sorang balik parit raja..
sampai parit raja beli ais krim kegemaran, makan sambil feeling bawak moto. waaahhh. sorang-sorang pun jadi.

nilah momo kesayangan pujaan hati jantung. big hug. muaahh muahh oke haku memang over... =,=



okeh. tu ja. jumpa lagi bye ! :)

Wednesday, November 14, 2012

mulakan hidup baru !

Assalamualaikum.

sedar tak sedar sudah setahun berganjak, berganti tahun baru. salam maal hijrah 1434 untuk semua muslimin dan muslimat.semoga dengan datangnya tahun baru ni, kita akan lebih banyak berhijrah ke arah kebaikan. tingkat kan amalan seharian, kurangkan  perkara lagha...



kita memang akan sakit pada permulaan hijrah,
tetapi apabila permulaan itu lillahita'ala
insyaAllah kita akan berusaha untuk menjaga istiqamah.
perbaiki diri, hiasi peribadi.

:)

#lupakan perkara yang dah lepas. mulakan hidup baru. tabahlah duhai hati#

Tuesday, November 13, 2012

Tips menyayangi seseorang =)


1.

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

sumber : http://www.ohbelog.com/read/10091/1149/

Monday, November 12, 2012

aku hanyalah lipan


 hai. aku lah serangga. nama aku lipan. aku dilahirkan dan dibesarkan di lubang floortrap tandas rumah no. 19 taman **** kat parit raja. lubang tu sangat sejuk, nyaman, takyah pasang airkon dah... besttt je...... sejuknya takyah ceta...




aku ada satu tabiat. aku sukaaaa sangat ganggu tuan rumah bila dorg masuk toilet.
time tu aku akan keluar merayap2 menakutkan dorg. dorg pun apa lagi - menjerit-jerit lah lps tu cepat2 keluar tandas. banyak kali jugak taw aku buat feel macam nie... hehehe... nikmat mengganggu orang ni tersangatlah best.. macam makan ayam bakar. erk. tapi aku x pernah makan lah. aku amik pengalaman tuan rumah jerk. 


satu hari, macam besa lah, aku dengar tuan rumah masuk toilet... aku pun apa lagi, cepat2 lah aku keluar dari lubang nak mengusik...ala, macam biasa.. pastu aku pun cepat2 gi merayap dekat dinding. masa tu tuan rumah tengah bilas baju.. dia jerit kejap pastu cepat2 keluar. tak sempat aku nak feel ganggu tau.... baru ja aku nak masuk lubang semula, tetiba aku rasa badan aku panas sangat-sangat macam kena air panas... baru ja aku nak pandang atas tengok apa yang berlaku, sekali lagi aku rasa kepanasan. okeh. aku memang kena simbah air panas pun. sakit dan pedih sangat. aku tak mampu lagi bertahan. tamat lah riwayat aku kat situ... kejam kan cara kematian. tapi.. ni pun salah aku jugak suka mengganggu. badan aku yang warna merah merah hitam pun bertukar lah jadi warna yang pudar pudar sikit.. ala...macam ketam kena rebus tu...



ni lah rupa tuan rumah tu...



lepas ni, aku tak boleh la ganggu dorg lagi... tapi takpa, anak cucu aku masih ada... HAHAHAHA.

#aku lipan jahat#

Sunday, October 21, 2012

Tersenyumlah wahai hati yang bersedih


Kita tidak akan sesekali dapat menjangka, Apa yang Allah aturkan buat kita, Adakala kita tersangat gembira. Adakala kita tersangat tidak suka, Aturan-Nya bukan pilihan kita,


Namun, 
Jangan risau manusia. Allah itu tuhan kita. Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya


Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya, Kecuali untuk melihat hamba-Nya, tersenyum di sana, tertawa di sana, berbahagia di sana, Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.

Oh indahnya !


 

 kredit to : www.facebook.com/pages/WarnaHidupku/183056458413185

Wednesday, October 17, 2012

the latest japanese beauty craze

New trend.

-PERFECT TEETH --------> CROOKED TEETH - 

LoL
        LoL
                LoL

.... korang pernah dengar tak pasal ni ? aku baru tau hari ni... sebab bff aku si fiza baru gtau aku. so aku pun cepat-cepat lah google tgk. heh. rasa macam......xxxxx. ada jugak orang nak camni? =,=


gigi dah elok-elok, nak pulak jd semak camni.. 



orang jepun panggil ni YAEBA. maksudnya double tooth . depa buat camni konon-konon untuk nampak sexy child-look & cute. apa pendapat anda?
takmau cakap banyak, meh kita tengok gambar.




tp..oleh sebab crook smile ni dah jadi hot trend kat jepun. so sapa-sapa yang ada gigi camni, takyah la rasa rendah diri lagi. huahua...

**************



Saturday, October 13, 2012

kisah mohd aizul hanan

Ini MOHD AIZUL HANAN. kacak bukan ? beliau merupakan adik lelaki aku yang tersangatlah tett....... nanti akan dirungkaikan kisahnya. heh. umur beliau sekarang 9 tahun (2012).

2007

2007 

2007

hanan adalah seorang budak lelaki yang amatlah penakut. sampai nak ke tandas pun, nak kena orang temankan. wth? padahal tandas tu kat dalam rumah je pun. yang kalau berbisik pun boleh dengaq tau. haih. adik. memandangkan dia anak bongsu, tak apa lah. eh, suma anak bongsu camni ka? huhu... geram tau. kadang aku geram sangat, aku pun sengaja lah buat bunyi pelik2 time dia kat dalam tu. hihi. mengusik kan. suka tau.. nanti kelam kabut lah dia, tak pun terus dia lari lari kluar. hua.. tak tahan betul penakut tuh !

2008

2008

tapi aku suka dengan hanan. walaupun dia penakut. tp dia baik, tak nakal macam budak lain yang sebaya. sebab ni aku suka dia and senang nak bawak dia pi jalan-jalan, lepak sama-sama dalam bilik tengok movie. tapi yang tak leh blah, dia tengok movie KL gengster sampai boleh hafal skrip!

2009

2010

yang paling best, hanan suka mesej aku (almaklumlah aku kat selatan, dia kat utara nuh). setiap kali pun mesti macam ni 

'' kak buat apa tu ? balik nanti jangan lupa beli apa-apa kat adik tau. pelissss ''

OMO..

'' kak, adik nak beli sarung tangan tu tau . yang plastik tu... dengan baju swimming.'' MOTIF ?

yang paling tak boleh belah, dia suruh aku beli kuasa. WTF ? ni mesti kes terpengaruh dengan mask rider tuh! cis. suka sangat tengok cerita macam tu sampai tepengaruh. tapi tu kisah lama lah... time dia darjah 1 dulu. kalo skg buat camtu lagi, memang nak makan kaki aku lah kan..

sampai sini dulu kisah dak hanan, akan bersambung lagi di entry seterusnya. nanti. :)








Friday, October 12, 2012

Friday.

uwaaa... rindunya nak merepek kat sini.... dah lama tak datang. kalopun x da org baca blog aku, ada aku kesah? hihi gurau jaa...

penatnya hari ni.... tapi takla penat sgt... bangun pagi tadi, ingatkan nk buat asignment kat library tapi tak jadi pulak. last2 pukul 3 baru keluar pi jumpa SV. aku dah jadi student tahun akhir tau. so, kena la buat projek sarjana muda. syarat utk grad . =,=

fyi, aku tersangat lah x suka sangatt nak buat researh ni.. tak suka hokay. tapi apakan daya, dah nama pun student kan... so p jumpa SV td, dia bagi semula kertas komen yg penuh dengan contengan panel2. SV aku suruh balik betulkan bab 1, and start bab 2. Alhamdulillah... Opss lupa nak bagitau, hari rabu hari tu, 10/10/12 adalah hari yg paling menggerunkan aku tau. mau taknya, aku ni dah la penakut, ketaq, seram sejum and suma lah kalo nk kena present neh... sorang2 plak. depan 3 panel plak... peh... memang lah kan....tp alahmdulillah, berkat doa mak aku, usaha, aku berjaya jugak present. hoyay! tapi ni baru present utk backup tajuk taw..ada lg 2@3 kali lagi kna present...wuwuwuuw.....

berbalik pada aktiviti hari nih.. macam besa pukul 4 aku masuk keja....pkul 10 balik, tp syok hari ni x ramai orang sgt...so aku pun x lah letih terkelepik mcm mggu lpas...huahua... tp x tw lah esok cmna...ramai ka tak...tapi x kesah lah kn...nama pun kerja... untung tw keja kat kedai mkn ni...kalo lapaq, boleh makan, kalo dahaga, bleh minum... ahahah. tapi x sesuai ssgt utk org yg berdiet. heh.

okeh lah, rasanya stakat ni dulu utk hari ni... esok jumpa lagi ya wahai blog. selamat malam !


kiri : mak . kanan : maknjang.
p/s : rindunyee kat mak saye :'(



Monday, September 24, 2012

Sabar tu separuh dari iman..

Ya Allah, tabahkan lah hati hambamu ini.... tak sampai setaun lagi kat sini.. aku harap aku mampu tuk bertahan. dugaannya bila jauh dari family. sedih. tengok member2 balik tiap minggu. tinggal aku sorang kt rumah sewa. hujung minggu, nak pi tidoq rumah kawan, selalu sangat dah. aku dah segan. banyak sangat dah nyusahkan depa tapi aku terpaksa. :( aku sedih ya amat. aku cuma harap masa cepat berlalu. aku lagi rela duk kat rumah ada mak ayah walaupun aku x leh p mana2 nnt kena hingaq dari duk rumah sewa tapi hati aku sunyi. bila hujung minggu ja mst jd cmni..aku tak tau nak ngadu kat sapa lagi.takkan slalu ja nak nangis? aku x maw nangis tapi ayaq mata ni duk mleleh2 ja. lani aku buat part time kat kedai makan, bila sibuk sekurang2nya takla aku nak pikiaq sgt kt kg. sem ni plak dah start buat psm. tp bila keadaan aku camni, aku jadi x semangat ja.. nak pikiaq pun tak bleh. macam mana nak buat ni? Ya Allah.. aku harap aku dapat harungi semua ni.


Tuesday, September 18, 2012

Resepi Diet

Assalamualaikum ! cik Lexus kembali setelah 3 bulan bercuti sempena cuti sem. so semua benda berkaitan on9 pun bercuti skali. heh. memang betol2 bercuti nih. 
Alhamdulillah dah masuk tahun akhir skg, so diharapkan semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aminn.. 

Entry kali ni aku cuma nak share pasal diet sebab dah banyak sangat orang tegur aku makin bambam. so aku dengan terpaksanya terpaksa berdiet sikitlahh.. oke..ni azam.. mesti kuatkan semangat, heh. InsyaAllah. Azam oke ! Act, aku taklah besar mana pun tapi suar baju aku makin mengecut nih, apa kes? oleh sebab aku malas nak beli yang baru so terpaksalah diet kan. x susah pun. diri sendiri ja. Alaa.. lagi pun tak salah jaga pemakanan dari skg (ayat pujuk diri sendiri tak menahan ) =,=

so, aku nak share sikit tips makanan untuk diet ni untuk sapa-sapa yang nak kurangkan berat badan dan semestinya untuk rujukan aku jugak. :P

Pic takde kaitan.

Menu Diet Seimbang untuk 5 Hari

1. Breakfast
Isnin : 2 biji telur separuh masak, 1 gelas susu atau teh atau kopi.
Selasa : 1 cawan bijirin panas (nestum atau oat), 4 ketul sosej, 1 cawan kopi atau susu.
Rabu : 1 biji telur separuh masak, 1 mangkuk kecil bijirin panas, 2 keping roti.
Khamis : 2 biji telur separuh masak atau telur hancur, 2 keping roti, 1 cawan kopi atau teh.
Jumaat : Omelet + 2 keping roti, 1 gelas susu atau jus oren.

2. Lunch

Isnin : Salad ayam (kuantiti kecil).
Selasa : 2 cawan salad, bubur nasi (kuantiti kecil).
Rabu : 1/3 tuna dip (resipi : 1 tin tuna, 1 cawan kecil jus lemon, sedikit garam, lada hitam untuk perasa, 4 oz krim keju, 1 cawan salad. Digaul rata).
Khamis : Salad.
Jumaat : Nasi (kuantiti kecil), pelbagai sayur-sayuran.

3. Dinner

Isnin : Ikan goreng, 1 cawan salad (1/4 tomato saiz kecil, 1 ulas bawang merah, 1 cawan brokoli).
Selasa : Steak (1/2 cawan sup cendawan, 2 ulas bawang merah, bawang putih dipanggang, asparagus).
Rabu : Buah-buahan seperti sebiji epal atau pir.
Khamis : Lamb roasted in mint, Rosemary sprigs, salad.
Jumaat : Ayam almond berkrim (resipi : sedikit brokoli, salad hijau, krim cendawan).

semoga berjaya !! boleh try yang mana mudah dulu. hihi.
sumber : google