Monday, August 8, 2016

Resepi kimchi malaysia style

Salam. Annyeong ~♡

Lama tak update. Hewhew. Semalam aku buat kimchi. Resepi tengok kat fb. Pastu ubah-ubah sikit ikot bahan yang ada kat rumah.  So, aku akan update kat sini untuk rujukan masa depan. Almaklumlah kuat pelupa maka harus lah aku tempek kat sini kan.. kalau sapa-sapa rasa nak rasa tu boleh la cuba. Aku buat kategori bahan ikut A B C D E untuk lebih mudah faham. Nampak ja banyak tapi tal banyak pun bahan dia. Lets start guys..

Bahan-bahan :

Bahan A
-1/2 kobis cina (saiz paling besar), kalau kecik amik sebijik terus
-1 cawan garam kasar
(Basuh kobis, toskan, pastu letak garam kat celah2 daun, perap 2jam. Then, basuh kobis tadi dalam 2 ke 3 kali then toskan)

Bahan B
-1 carrot
-1 radish
-Segengam daun bawang
(Potong kecil-kecil & panjang-panjang)

Bahan C
-3 sudu besar gula
-3 sudu besar tepung beras
-2 cawan air
(Campur & masak atas api perlahan sampai likat,sejukkan)

Bahan D
1 labu bawang besar
1 bawang putih
2" halia
(Blend sampai hancur)

Bahan E
1 cawan serbuk cili
2 sudu besar cili flakes
2 sudu besar sos ikan

Cara buat :

-satukan bahan C D E, gaul sebati. Masukkan bahan B, gaul2 lagi then masukkan bahan A. Gaul jeee sampai sekata. Gaul pakai tangan tau. Tangan tu ikat dulu dengan plastik/pakai sarung tangan getah tu kalau tanak tangan pedih kena cili.

Dah setel, masukkan dalam peti sejuk. Tadaaaaa :) siap dah kimchii kitaaa..

No comments: