Monday, September 24, 2012

Sabar tu separuh dari iman..

Ya Allah, tabahkan lah hati hambamu ini.... tak sampai setaun lagi kat sini.. aku harap aku mampu tuk bertahan. dugaannya bila jauh dari family. sedih. tengok member2 balik tiap minggu. tinggal aku sorang kt rumah sewa. hujung minggu, nak pi tidoq rumah kawan, selalu sangat dah. aku dah segan. banyak sangat dah nyusahkan depa tapi aku terpaksa. :( aku sedih ya amat. aku cuma harap masa cepat berlalu. aku lagi rela duk kat rumah ada mak ayah walaupun aku x leh p mana2 nnt kena hingaq dari duk rumah sewa tapi hati aku sunyi. bila hujung minggu ja mst jd cmni..aku tak tau nak ngadu kat sapa lagi.takkan slalu ja nak nangis? aku x maw nangis tapi ayaq mata ni duk mleleh2 ja. lani aku buat part time kat kedai makan, bila sibuk sekurang2nya takla aku nak pikiaq sgt kt kg. sem ni plak dah start buat psm. tp bila keadaan aku camni, aku jadi x semangat ja.. nak pikiaq pun tak bleh. macam mana nak buat ni? Ya Allah.. aku harap aku dapat harungi semua ni.


Tuesday, September 18, 2012

Resepi Diet

Assalamualaikum ! cik Lexus kembali setelah 3 bulan bercuti sempena cuti sem. so semua benda berkaitan on9 pun bercuti skali. heh. memang betol2 bercuti nih. 
Alhamdulillah dah masuk tahun akhir skg, so diharapkan semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aminn.. 

Entry kali ni aku cuma nak share pasal diet sebab dah banyak sangat orang tegur aku makin bambam. so aku dengan terpaksanya terpaksa berdiet sikitlahh.. oke..ni azam.. mesti kuatkan semangat, heh. InsyaAllah. Azam oke ! Act, aku taklah besar mana pun tapi suar baju aku makin mengecut nih, apa kes? oleh sebab aku malas nak beli yang baru so terpaksalah diet kan. x susah pun. diri sendiri ja. Alaa.. lagi pun tak salah jaga pemakanan dari skg (ayat pujuk diri sendiri tak menahan ) =,=

so, aku nak share sikit tips makanan untuk diet ni untuk sapa-sapa yang nak kurangkan berat badan dan semestinya untuk rujukan aku jugak. :P

Pic takde kaitan.

Menu Diet Seimbang untuk 5 Hari

1. Breakfast
Isnin : 2 biji telur separuh masak, 1 gelas susu atau teh atau kopi.
Selasa : 1 cawan bijirin panas (nestum atau oat), 4 ketul sosej, 1 cawan kopi atau susu.
Rabu : 1 biji telur separuh masak, 1 mangkuk kecil bijirin panas, 2 keping roti.
Khamis : 2 biji telur separuh masak atau telur hancur, 2 keping roti, 1 cawan kopi atau teh.
Jumaat : Omelet + 2 keping roti, 1 gelas susu atau jus oren.

2. Lunch

Isnin : Salad ayam (kuantiti kecil).
Selasa : 2 cawan salad, bubur nasi (kuantiti kecil).
Rabu : 1/3 tuna dip (resipi : 1 tin tuna, 1 cawan kecil jus lemon, sedikit garam, lada hitam untuk perasa, 4 oz krim keju, 1 cawan salad. Digaul rata).
Khamis : Salad.
Jumaat : Nasi (kuantiti kecil), pelbagai sayur-sayuran.

3. Dinner

Isnin : Ikan goreng, 1 cawan salad (1/4 tomato saiz kecil, 1 ulas bawang merah, 1 cawan brokoli).
Selasa : Steak (1/2 cawan sup cendawan, 2 ulas bawang merah, bawang putih dipanggang, asparagus).
Rabu : Buah-buahan seperti sebiji epal atau pir.
Khamis : Lamb roasted in mint, Rosemary sprigs, salad.
Jumaat : Ayam almond berkrim (resipi : sedikit brokoli, salad hijau, krim cendawan).

semoga berjaya !! boleh try yang mana mudah dulu. hihi.
sumber : google