Alhamdulillah dah masuk tahun akhir skg, so diharapkan semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t. Aminn..
Entry kali ni aku cuma nak share pasal diet sebab dah banyak sangat orang tegur aku makin bambam. so aku dengan terpaksanya terpaksa berdiet sikitlahh.. oke..ni azam.. mesti kuatkan semangat, heh. InsyaAllah. Azam oke ! Act, aku taklah besar mana pun tapi suar baju aku makin mengecut nih, apa kes? oleh sebab aku malas nak beli yang baru so terpaksalah diet kan. x susah pun. diri sendiri ja. Alaa.. lagi pun tak salah jaga pemakanan dari skg (ayat pujuk diri sendiri tak menahan ) =,=
so, aku nak share sikit tips makanan untuk diet ni untuk sapa-sapa yang nak kurangkan berat badan dan semestinya untuk rujukan aku jugak. :P
Pic takde kaitan.
Menu Diet Seimbang untuk 5 Hari
1. Breakfast
Isnin : 2 biji telur separuh masak, 1 gelas susu atau teh atau kopi.
Selasa : 1 cawan bijirin panas (nestum atau oat), 4 ketul sosej, 1 cawan kopi atau susu.
Rabu : 1 biji telur separuh masak, 1 mangkuk kecil bijirin panas, 2 keping roti.
Khamis : 2 biji telur separuh masak atau telur hancur, 2 keping roti, 1 cawan kopi atau teh.
Jumaat : Omelet + 2 keping roti, 1 gelas susu atau jus oren.
2. Lunch
Isnin : Salad ayam (kuantiti kecil).
Selasa : 2 cawan salad, bubur nasi (kuantiti kecil).
Rabu : 1/3 tuna dip (resipi : 1 tin tuna, 1 cawan kecil jus lemon, sedikit garam, lada hitam untuk perasa, 4 oz krim keju, 1 cawan salad. Digaul rata).
Khamis : Salad.
Jumaat : Nasi (kuantiti kecil), pelbagai sayur-sayuran.
3. Dinner
Isnin : Ikan goreng, 1 cawan salad (1/4 tomato saiz kecil, 1 ulas bawang merah, 1 cawan brokoli).
Selasa : Steak (1/2 cawan sup cendawan, 2 ulas bawang merah, bawang putih dipanggang, asparagus).
Rabu : Buah-buahan seperti sebiji epal atau pir.
Khamis : Lamb roasted in mint, Rosemary sprigs, salad.
Jumaat : Ayam almond berkrim (resipi : sedikit brokoli, salad hijau, krim cendawan).
semoga berjaya !! boleh try yang mana mudah dulu. hihi.
sumber : google
2 comments:
erk . diet utk org nak cepat tak de ?? hihihi means pepagi nak rebus telur bagai :) bgun pun lewat =="
deqjamucuxx :: ehe.. sy pun bgn lwt jgk ! sme lah kite ! :P
sblm mndi tu rebus dlu telur. lps mnd telur pn dh siap utk di ngap.
:))
Post a Comment