Tuesday, June 12, 2018

Faith Hill - There You'll Be




When I think back on these times and the dreams we left behind I'll be glad cause I was blessed to get to have you in my life When I look back on these days I'll look and see your face You're right there for me In my dreams I'll always see you soul above the sky In my heart therell always be a place for you for all my life I'll keep a part of you with me And everywhere I am there you'll be And everywhere I am there you'll be Well you showed me how it feels to feel the sky within my reach And I always will remember all the strength you gave to me Your love made me make it through ooh I owe so much to you You're right there for me In my dreams I'll always see you soul above the sky In my heart there'll always be a place for you for all my life I'll keep a part of you with me And everywhere I am there you'll be Cause I always saw in you my light my strength And I want to thank you now for all the ways You're right there for me (you're right there for me) You're right there for me Always.. In my dreams I'll always see you soul above the sky In my heart there'll always be a place for you for all my life I'll keep a part of you with me And everywhere I am there you'll be And everywhere I am there you'll be There you'll be

:: always you :: AB


Wednesday, June 6, 2018

RESEPI NASI DAGING DAN SAMBAL TOMATO

Salam..

Hari ni dah 21 Ramadhan 1439, Ramadhan yang paling cepat dari tahun sebelum-sebelum ni. Semoga semua amalan kita diterima Allah s.w.t dan diampunkan semua dosa-dosa lalu.

Ramadhan a.k.a bulan puasa memang sinonim dengan makanan kan? Dengan bazar Ramadhan, moreh, berbuka, sahur semuanya pasal makanan ja..huhu! tapi..tapi.. tak lupa kezaliman yang berlaku kat Palestin, buat hatiku terhiris-hiris. :( kita bantu yang mana mampu. insyaaAllah...

Ok back to tajuk, semalam ayah request nak makan nasi daging. so sebagai anak yang suka bereksperimen masak2 ni, kita try buat nasi daging alhamdulillah menjadi. so, nk share resepi kat sini untuk rujukan masa depan.



Bahan-bahan :

1 1/2 cawan beras basmati
1/2 kg daging
2 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
2 bijik tomato (potong 4)
1/2 carrot (potong dadu)
1 kiub ayam knorr

2 sb minyak sapi
4 rempah sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)*
2 biji bawang merah sederhana*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia *
2 helai daun pandan*

Cara Masak Nasi :

1. cuci beras dan toskan.
2. masukkan minyak sapi, tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
3. masukkan susu dan air hingga mendidih.
4. masukkan beras, kacau then masukkan carrot, tomato, kiub ayam dan daging.
5. pindahkan nasi kedalam rice cooker.



Resepi sambal kerisik tomato :

2 bijik tomato (hiris nipis)
2 bijik bawang merah (hiris nipis)
1 sb kerisik
1/2 cawan air rebusan daging*
air asam jawa*
5 bijik cili padi*
belacan*
1 sk perencah hilal*
sedikit garam dan gula *

Cara buat sambal :

1. blend bahan bertanda * kemudian gaul semua bahan hingga sebati. masukkan kerisik.



Sambal tomato kerisik

DONE ~~ semoga bermanfaat ! :) 


Monday, May 28, 2018

RESEPI SAYUR CAMPUR CHINESE STYLE YANG SIMPLE

Hola ! Salam Ramadhan ke-12.
kali ni sis nak share resepi sayur campur chinese style. sedap! tak tipu. hehe.. nak buat pun senang. sis nak simpan resepi kat blog untuk rujukan masa depan. al maklumla kuat pelupa~~ here we go resepi cara sis. cara simple & mudah.

bahan-bahan : (untuk 2-3 orang makan)

1 pokok bunga kubis *
1 pokok brokoli *
1 batang carrot *
>> nak tambah sayuran lain pun boleh <<

bahan tumis :

4 ekor udang
3 ulas bawang putih
1 cawan air
2 sb sos tiram
1 sb tepung jagung ( dibancuh dengan 2 sb air)
2 sb minyak masak
1 sk minyak sesame/bijan

cara masak :
1. bahan bertanda * kena rebus dulu, then letak dalam air ais supaya sayuran tak layu & rangup then toskan.
2. masukkan minyak, tumis udang kejap then masukkan bawang putih. 
3. dah naik bau, masukkan 1 cawan air yang dibancuh dengan sos tiram. biarkan mendidih.
4. masukkan bancuhan tepung jagung.
5. dah pekat, tutup api & masukkan minyak bijan.
6. curahkan atas sayuran tadi.

TADDA! siap :)

Monday, May 21, 2018

RESEPI AYAM MASAK ROS

Bahan-bahan A:
1 ekor ayam – dipotong 12 (digaramkunyitkan dan digoreng)
1 biji tomato – dipotong kiub 
2 sudu besar kismis 
1 ketul kiub ayam atau 1 sudu besar serbuk Ayam Tumix 
3 sudu gula perang 
1 cawan air 
1 ½ cawan susu sejat 
2 batang serai - dititik 
2 helai daun pandan - disimpulkan 
Gula putih dan garam secukup rasa 

Bahan-bahan B (Ditumis): 
3 biji bawang merah - dihiris 
3 ulas bawang putih - dihiris 
1 inci halia – dihiris 
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 
2 sudu besar kismis 

Bahan-bahan C: (disatukan dan dikisar) 
5 senduk nasi cili kering yang telah dikisar 
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 

Hiasan: 
Kacang pis di dalam tin – ditoskan airnya 
Daun sup 
Kismis 
Cili hidup/merah 

Penyediaannya: 
1. Ayam dibersihkan dan digaramkunyitkan. Perap selama 1 jam. 
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan. 
3. Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya. 
4. Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. 
5. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak. 
6. Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih. 
7. Selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. 
8. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit. 
9. Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. 
10. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

Ubat untuk jiwa

Zikir untuk tenangkan hati. Semoga bermanfaat untuk semua.