Tuesday, May 29, 2012

resepi kek pisang simple

Assalamuaikum,
hari ni misz lulu buat kek pisang yang nyum-nyum.
SEDAP ! (bodek lulu)
lepas bodek terus dapat resepi :) :)
resepi ni khas untuk kawan-kawan yang duduk rumah sewa. yang kekurangan peralatan memasak. tapi still boleh masak yang sedap-sedap :)




bahan-bahan ::

3 biji pisang = 1 cawan
1 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk asen vanila
1 sk soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
3 biji telur

cara-cara ::

  1. lenyek pisang sampai hancur @ blend pon boley.
  2. blend telur + gula sampai kembang
  3. ayak tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder
  4. masukkan bahan ayak kedalam telur yang diblend
  5. masuk pisang. kacau rata. masukkan minyak. kacau rata.
  6. masukkan dalam loyang. kukus 45 minit.

SELAMAT MENCUBA !! KOMPEM SEDAP :))

-----------------------------------------------------------------------------------

menempek : makanan untuk tenghari hari nih. ohensem !! >__<



 nasi putih
ulam-ulam
ikan cencaru bakar
ikan goreng sumbat
air asam
sayur
air mirinda oren & hijau 

p/s : kawan-kawan :: lulu, liza, fira, fiza (semua aneh)






Sunday, May 27, 2012

hobi baru

Assalamualaikum,
lamanya tak merapu kat sini.
sumanya gara-gara sibuk-nya-dah-nak-dekat-final.
besa lah student minggu-minggu last kalo tak busy tu macam something wrong ja.
projek, report, presentation. memerlukan tenaga dalaman yang kuat.
heh.


NOW.
semua kesibukan dah habis. tinggai nak final ja lagi.wah !
heaven-heaven.


masa kat sini pun ada lagi seminggu ni sebelum cuti study week.
hok aloo... 
kelas pun dah banyak yang dah habis silibus-nya.
macam tak keja ja ni nak buat.
hurmmm...


so, nak buat apa nih ?
mood study tak mai lagi. jangan nak tanya.
marathon one piece? dah habis dah
tengok ceta korea? akan difikirkan


tapi kannn,
tadi aku tergoogle.
tetiba terjumpa benda ni...!


:: TANAMAN HIDROPONIK ::






cam best lah plak untuk aktiviti masa lapang skg kn !
ngeh2...
bagus lagi dari asyik ngadap laptop 24/7 kan-kan?
so, marilah bercucuk tanam 
>__<


bak kata  orang utara


"habis pembuat dah aku ni." LOL






p/s : homesick , tak sabaq nak balik !







Friday, May 18, 2012

tips elakkan rambut bercabang


rambut bercabang ? ohh demmmm... menncikkkk !!
dulu time rambut pendek, tadak plak masalah nih.

skg? sejak rambut panjang nih ~ grrr...
pikiaq ja pun dah buat aku tensen taw. huh !
tiap kali belek-belek rambut, mesti ada ja yang tak kena,
rosak lah, pecah lah, bercabanglah, kerinting kat hujung lah.
adooii, banyak betoi nih masalah rambut aku.
camna nak buat nie....
nak potong/gunting? oh..no no no...
tak mungkin. 
tapi aku ada gak la ambik gunting, gunting selai-selai kat hujung yang bercabang tuh. heks.. sapa penah buat?


 soooo... untuk nak elak masalah ni dari terus berselirat dalam otak aku ni, aku google lah kot-kot ada tips best ka.. ada lah aku jumpa sikit-sikit. 
~ neh tips dia ~


  • jangan sikat rambut time rambut basah. ohh demm, aku selalu buat nie T__T
  • potong rambut setiap 6-8 minggu sekali. rasanya aku dah setaun ni tak penah potong. huii...
  • elakkan klorin. laut & kolam mempunyai kadar garam yang tinggi. ohhhh no no no.... yang ni pun baru ja buat 2,3 minggu lepas. mandi kolam then laut :'(
  • jangan mencuci rambut terlalu kerap. ok yang ni aku rasa aku dah okay. seminggu cuci 3,4 kali ja..
  • hindari kepanasan yang melampau. contohnya jangan guna blow dry terlalu kerap. kalo boleh biaq dia kering semulajadi. aku memang takdak blow dry pun. guna kipas. hehe !
  • jangan biarkan matahari terkena secara terus kepada rambut. yang ni selamat, pakai tudung. hihi. untung-untung.
  • buatlah treatment secara berkala untuk memastikan rambut sihat walepatliat. hurmm...yang ni banyak kos jugak nihh... nanti la pikiaq len.
  • guna syampoo yang ada pelembap, dan guna vitamin atau serum untuk bagi rambut blink-blink bersinaqq..


p/s : kalo nak rambut yang sihat, kena lah rajin menjaganya. ok. tata..
:: note untuk diri guwa ::

Thursday, May 17, 2012

Jangan Bersedih Wahai Hati





Aku mohon kepada Allah setangkai bunga segar..
DIA beri kaktus berduri..
Aku minta seekor kupu-kupu..
DIA beri ulat berbulu..

Aku sedih..
Aku kecewa..

Namun selang beberapa waktu..
Kaktus itu berbunga indah sekali dpandang mata..
Ulat pula menjadi kupu-kupu yg cantik..

Itulah jalan TUHAN..
Indah pada masanya..
Allah tidak memberi apa yg kita harapkan,
tetapi DIA memberi apa yg kita perlukan..

Kadangkala kita sedih,kecewa,terluka dan berair mata..
Tapi jauh di atas segalanya telah ditentukannya..
DIA mengatur apa yg terbaik dalam kehidupan kita..

p/s : BERBAIK SANGKALAH DENGAN QADA' QADAR ALLAH.


Monday, May 14, 2012

Thai Movie : Yes or No


percutian yang tak dirancang memang ohsem ^^,



kejadian ni berlaku minggu ni jugak.. jumaat malam-sabtu-sabtu malam. so, tak basi lagi lah sebab aku simpan dalam icebox. tersimpan rapi... ni baru nak bawak kuaq ceta... :)


Jumaat pagi -----------> 
bangun tidoq-kemas apa yang patut-online-guling2-onine-guling2-online-pendek kata hari ni memang bosan yang amat lah. 


Jumaat petang ----------> 
Fazri - Nashriq msj aku, ajak kuaq pi jalan-jalan. apa lagi aku terus meloncat suka lah. aku dah lembik seharian kat rumah. nak buat pa pun tadak mood (sebenaqnya homesick). 
Yang join hari tu aku-lulu-fiza-fazri-nashriq. Penuh satu keta. okay jum gerak.




Jumaat malam -----------> 
pas maghrib, kami gerak pi Kluang. karaokay!  2 jam ! makcik lulu kongker nyanyi. lepas lulu nyanyi, lulu lagi. lepas lulu, lulu lagi. haha. mak aii.. maapkan saya ciklulu. hakikat. :P tapi sora masing-masing memang dah tinggal kat rengkung (tekak) dah.


pas balik karok, pi lepak makan nasik lemak.. cina penuh,pakat duk tayang keta dengaq ceta mengarut fazri, gosip-gosip. aku dengan fiza dah ngantuk. nak gerak balik dah. entah camna bleh tubik nak mandi laut. LOL.




Pa lagi, dari Kluang gerak balik Parit Raja, ambik kelengkapan. konpius pulak nak pi mana...... DESARU <------> MERSING. sebab 2,2 pun laut yang bleh mandi. oleh sebab depa-depa penah pi Mersing dah so kami decide pi Desaru lah. Gerak kul 3.30 dah ! Sampai Desaru 6 lebih-lebih. aku & the geng kat seat belakang dah pengsan tak hengat. cian encik driver (bro nashriq). huhu... Brenti Petronas bagi encik driver rehat sat.


Koi 8 gerak pi pantai...... dah sampai terus debushhhh !! terjun. Tenangnyaaa.....dapat mandi laut, tercapai gak hajat. tadak apa yang dapat dikatakan melainkan PUAS !! hahaha... bekubang dekat 4 jam. baru naik. heaven gila... 


Welcome to DESARU ... !



 fiza yang excited. hihi


si tukang karut fazri




kanak-kanak keriangan lulu - nashriq - aku -fiza





 muka taktau letih

percutian yang tak dirancang memang ohsem ^^,
seronokkk sangat..... 


Target sem depan ------> Genting-Singapore-Pulau-pulau ( Kita tengok mana yang jadi ;p)


p/s : semua gambaq handset ja tu yang kelabu noise2. haishhh.... sem depan target beli kamera juga. baru gambaq menawan =,=''

Sunday, May 13, 2012

aku suka tomboy ?

ini serius. serius. serius. serius dan memang serius.. !! see.. serius gila aku kan ?

kalau tengok tajuk tu, peh.. memang aku dah gila. memang dunia nak kiamat dah nih. adoiii !

aku jatuh cinta kat dia ni ~












This is Zee, Thailand's latest hit.

Omo.... comey-hensem-meletop gila baq ang....

SHE, yeah, SHE is one of the hottest Tomboy in Thailand. 1st tengok aku pun x tau dia ni pompuan. di ulang, pompuan. heh.


ni pun kebetulan aku jumpa tadi kat youtube. tak syak langsung dia pompuan, sebab suara totally garau-garau cam laki. dada flat. badan pun memang 100% laki. tapi bila baca-baca komen kat bawah tu...
terus google....
and....
OMG.

okay =,=''

tapi lagu-lagu dia memang best!
tak caya ?

selamat menonton. hihi 











p/s : why is she so fucking handsome ? grr...



Thursday, May 10, 2012

Free font untuk laptop anda.



Annyong...
Fuh, selesai kelas untuk minggu nih... Legaaaaa ~~~
walaupun asignment Law-Analisis-Keusahawanan-menanti. Dushhh !!
Sebenaqnya tak brapa nak lega sangat =,=''

Final exam lagi tak brapa hari dah. Daftar subjek untuk semester depan pun dah. Tak sangka dah masuk Tahun 3 Sem 2. fuhhh..... rasa macam baru semalam ja family datang hantar kat Johor nih. Tak lama dah nak habisss belajaq.... Yay !!




#domo-ajaq-domo-lukis-domo#

......


Balik kelas tadi, sebab malas lagi nak buat asignment (jangan tiru perangai budak ni. tak bagus) tetiba plak rasa nak tambah koleksi font kat dalam laptop aku nih...so, godek-godek google, makanya jumpa lah website nih. best !! senang nak download and install. huhu.....

sapa nak meh amik link nie... kompem tak rugi punya.... nanti ada banyak jenis font kat laptop anda :)

Link 1 <-------- aku suka yang ni :)


Beats by dr.dre Giveaway

Assalamualaikum !




Tgk sekali imbas, earfon ni... terdetik. cute !!

...Pinky...

Terus rasa nak join GA nih.
Harap-harap bertuah. hihi

Kalo korang nak join, boleh tekan sini.


Monday, May 7, 2012

UTHM library - tak selamat??


Assalamualaikum,

"Yang kita miliki tidak selamanya, terkadang kita sebagai manusia terlalu
mengikuti ego dan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu, atau menambah jumlah
sesuatu kepemilikan, sehingga kita pasti pernah melakukan hal yang tidak
sepaputnya untuk mencapai yang kita inginkan, ketika kita begitu mencintai
sesuatu akan terasa sedih ketika kita kehilanganya.Karena setiap manusia
pasti pernah mengalami kehilangan." muhasabah diri di petang hari.
               



                 -----------------------------------



patut lah hari ni aku rasa macam happy tak happy. rasa macam ada something yang tak kena. rasa kosong. entah, aku pun tak pasti. rupanya ada kisah di sebalik tu !


pagi-pagi bangun, terus bersiap p library dengan liza. dalam pukul 10.00 lebih-lebih.







sampai sana, macam besa beg mesti simpan dalam loker. liza time tu pegang air kotak - roti. dia makan setengah pastu bagi aku setengah. ok, aku pegang. yang aku ingat time tu, aku bawak kuaq semua barang penting dari beg aku : 1st MP3 - buku - fail - then letak atas meja simpan payung. lepas tu terus masuk library dengan fail dengan buku sahaja kat tangan. ok ! aku lupa amik MP3 aku !




aku sedaq benda hilang time kelas analisis. kelas analisis pukul 2.00 tadi. lepas kelas aku terus pi library dengan harapan benda ni ada lagi kat situ. tapi, harapan cuma zeroooo! tak da kesan pun kat tempat yang aku letak tu.
sebuah kehilangan yang amat menyedihkan !


terus aku pi kaunter tanya org yang jaga kalaulah ada manusia yang baik hati, berhati suci murni dan tulus ikhlas yang pi serah benda tu kat kaunter. tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... tak da 
aku dah buat report tadi, dorang akan cek cctv n update kat aku dalam masa terdekat.


oh, MP3 !!
aku harap orang yang ambik tu tergerak hati nak pulangkan balik. tak rasa berdosa ka ambik barang orang ?? pelik betul manusia zaman sekarang.


p/s : mood aku skg sangat-sangat sedihh dan aku tak tau nak luah kat sapa. bertabahlah wahai hati. Allah tengah menguji aku. jangan leka lagi lepas ni.  





Saturday, May 5, 2012

laksa utara mari . nice

Assalamualaikum !
sebab hari ni adalah hari cuti .
bila hari cuti = bosangggggg !!!
bila bosanggggg mula lah buang tebiat p library pagi-pagi buta !
buta ka ? dak sangat lah. tapi sebab cuaca tadi sangat-sangat nice so rasa macam romentik ja .
sebab tu panggil pagi buta .


bangun pagi-pagi
setelah dikejutkan fira berkali-kali
aku pun gagah jugak la celik mata
pi mandi , start momo
sorang sebijik , liza, fira , aku
belagak !


bawak pelan-pelan
rasa suasana pagi hari cuti
tak lama kemudian , sampai lah library


parking moto - jalan - naik lif - simpan barang kat loker -
jalan pi kat pintu masuk .


"eh, awat tak leh bukak ni?"


tolak lagi sekali . memang tak boleh .
peliksssss...
pastu teringat hari ni Wesak Dai.


"Eh, Johor amik cuti ni ?" -dang !-


Ok foineeeee....
Lagi frust dari tak dapat makan Tutti Fruity tahuuuuu.....


P amik beg - Berjalan pulang dengan hampa.


................................................................

Untuk hilangkan frust tertonggeng
kami plan nak buat makan - makan .

Jeng jeng
teringin nak makan laksa pulak !
Lagipun si irah teringin sangat nak makan.
Pi cari bahan-bahan masak.
-susah pulak kan nak cari ikan fresh area sini-tawaf 3 kedai tadi-hui-

dah dapat semua barang. jums.


Ni bukan bahan laksa . Ni Tutti Fruity Liza . Diimport Khas dari Welward .
Pencuci Mulut sebelum menerkam laksa.

Sebab hari ni , rumah aku jadi markas memasak,
tugas-tugas khas cik liza buat.
Ni hasil kerja cik liza.
Aku kat dapoq, masak bahan utama.
heh.





tak lama lepas tu.

TADAAAA ~!!
kuah dah siap.
semua orang menjamu selera dengan rakusnya.
terutamanya c irah.



yang nampak tangan tu irah punya. haha !



kuah sangat pekat. guna ikan sekilo lebih. =,=''





ni aku punya... wee ~

bahan-bahan :
1 bungkus laksa
1 kg ikan
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 biji timun
salad secukup rasa
1 inci lengkuas
1 inci belacan
cili kering
asam keping
1 biji bawang besar

cara membuat :
  1. rebus ikan. agak-agak dah masak, tutup api lah kan. heh
  2. blender bawang, lengkuas, cili kering dan belacan
  3. asingkan isi ikan, blender. tulang jangan buang, blender jugak sampai hancuss. then tapis.
  4. masak bahan-bahan yang blender 1st tadi sampai kering. tambah isi ikan.
  5. masak sampai mendidih, pastu masukkan bunga kantan, daun kesum, garam, asam keping, garam secukup rasa. biar mendidih.
  6. sementara tunggu kuah masak, rebus laksa sampai lembut (laksa kena rendam dulu)
  7. siap.
  8. ambik pinggan. isi bahan-bahan. baca bismillah. ngap!

Tuesday, May 1, 2012

2 days 1 night


Assalamualaikum !

cuti hari pekerja. best ke?
hurm. sebab aku bukan pekerja lagi (student)
maka aku isytiharkan cuti banyak-banyak adalah tak best ! sebagai student lah.
sebab cuti banyak mana pun, asignment tetap berjalan bertimbun.

-slide HE-finance-peralatan binaan-keusahawanan-
semua duk tunggu aku neh.
hui ! (◕╭╮◕)
~tabah~


dulu aku pernah kerja
-kerani-
time kerja isnin-sabtu-cuti-ahad-ja
kat tempat kerja ada 2 orang bos -tu pun jarang ada kat office-
yang lain-lain semua indon & bangla.

bosan amat !
takda masa nak pi bersenam kat mall pun
time tu kalo ada cuti camni mesti rasa bahagia yang amat
rasa macam nak makan roti jala banyak-banyak cicah susu pekat. heh

cerita pasai roti jala, tadi aku p beli acuan. kemain lah teringin nak buat.
last-last jadik ketayap. okay, foine~
memang x jadi langsung. aku tengok pon malu.
-haha-

tapi rasa tu boleh tahan lah -pujuk hati sendiri-
nanti nak cuba lagi.
/人 ‿‿ ◕人\


..........................................


To ana : Palangga ko ikaw !
sebab sudi luangkan masa same-same
2 days 1 night !
ehe.... (¬◡¬)

maapkan saye kalo ada salah silap.

oleh sebab kami taktau nak buat apa dah time ni,
so main masak-masak lah versi dewasa.
maka, ni lah jadi nya.



(ΘεΘ;)




memang gedik gila lah time nie. 2 orang pon jadi kerja.
banyak gambaq tak jadi sebab aku. heh

asignment tak buat-buat jugak. haha

( ̄へ ̄)

tapi happy saja.
thanks dear !
nanti jumpa lagi.


(٣◕‿◕Կ)

p/s : ana, nanti makan lah banyak-banyak tau. awak dah kurus sangat tu. pape pon awak tetap cun. ini tak bodek tahu.. ini serius. ╮(─▽─)╭