Friday, June 22, 2012

kisah roti jala

kisah roti jala ni. kisah kami. kami bertiga.
roti jala yang dibuat untuk dimakan dengan serawa durian dan gulai ayam sambil study analisis struktur itu hari.

kisah roti jalan ni sebenaqnya lama dah nak buat tapi asyik tertangguh sebab tak dak pan yang sesuai. kalo guna pan yang biasa asyik melekat ja apa nak jadi kan. jadi roti tibaq kain buruk jalah. oleh sebab aku balik kampung minggu study week hari tu, aku pun curi-curi lah bawak pan yang hitam manis soo sweet jenis tak melekat tu. so, roti pun menjadi sweet. dan sedap dimakan juga. :P hang memang sweet lah pan. kehkeh.

percubaan kali pertama liza. kehkeh...macam na nak lipat ni.. jahatnya aku gelak. :P
percubaan liza kali kedua. hikhik :P tak habis lagi gelak..
Lulu punya part... hua hua. lagi kuat aku gelak. ceh.
Ni lak aku punya, bajet paling cantik lah cara aku menjala. heh. habis gelak kat kawan-kawan yang kat atas tuu.
cincai gila.. haha. takpa. janji rasa dia best. SS . 0__0    ( sila abaikan juga dapur yang berminyak sepah tu. huhu )
tak cantik pun tak pa.. janji licin. bagi kat kawan-kawan sorang sikit. lenkali buleh buat lagi. penat tau menjala 4 botol semua ni. berpeluh-peluh haku. huhu. aku guna botol biasa yang letak kicap kat kedai makan tu ja. sebab tu rupanya tak molek sangat.

Ni lah rupa botoi yang aku guna.
Sepatutnya guna yang ni.
Gambaq roti yang dah siap ? alamak, takdak pulak dengan aku.hihi.. lain kali update ! :)

1 barang 1 ringgit

1 barang 1 ringgit. 1 barang 1 ringgit. penah dengaq dak ayat ni? kalo sapa yang penah pi pasar tani atau orang perlis cakap nat, mesti pernah dengaq. hehe. 1 barang 1 ringgit. serius murah gila. macam-macam boleh beli. dari barang-barang ganas macam pisau, papan lapis, tempat gantung baju, penapis santan, besen, berus baju, berus gigi, cermin mata (hoih, tak leh belah pulak cermin mata singgit, nak bagi mata rosak lagi koo),pinggan cawan plastik sampai lah ke barang kiut-kiut macam tempat letak berus gigi yang boleh lekat kat dinding tu. kiut sebab ada macam-macam bentuk kartun dan memang aku pernah beli ! haha. stiker yang lekat kat dinding tu pun seringgit tau. kalo kat kedai besa harga dia dah mencecah sampai RM3-5. oh rugi-rugi. dah boleh beli macam-macam. tapi entri aku ni bukan nak juai barang seringgit tuh. aku nak share barang jah. free hokay. ceh.. aku pun cilok dari internet jugak. :P jumss tengok, barang ni gambaq. gambaq benda yang aku listkan nak buat cuti nanti. hoho.

first, nak belajaq buat bento.



nak potong buah comel-comel camni nak tengok ada orang nak makan tak. 
belajaq lipat kertas jadi macam-macam bentuk yang kiut-kiut.
buat handmade card yang sweet nii
melukis kat kaki kucing pastu upload gambaq kat fb
cari duit laju2 nak beli baju raya
siapkan proposal.  kena kayuh laju jugak ni.

dan yang paling penting nak ubah diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ni. dalaman dan luaran. InsyaAllah :)

Ramadhan, i'm waiting...


Edisi Luahan.


cepatnya masa berlalu ! pejam celik pejam celik dah 2 tahun aku ada kat johor ni. teringat lagi time mula-mula pendaftaran, satu family ikut hantaq. mak-ayah-adik-maknjang-paklang. penuh satu keta tau. sumbat. nasib aku kurus lagi time tu. huhu. tapi aku punya pasai depa sanggup redah nuu dari perlis sampai lah ke JB. ayah aku plak maintain ja bawak keta tak berganti pun. dah lah singgah r&r sat-sat ja. ayah-ayah. terharunyaaa... now dah lepas 2 tahun & aku ada lagi setahun kat sini. harap-harap semua benda berjalan dengan baik. tak sabar nak grad nih ! hoho...doakan yang terbaik untuk psm aku nanti, nak kena cari tajuk dah ni. 3 tajuk pulak ! hadoidoi... sapa ada idea? aku nak cilok sikit. huhu ! aku nak kena prepare proposal dalam masa sebulan. tak cuti jugoklah aku kan. takpa-takpa. tak student la kalau tak lalui benda macam ni. ya ka dak?
selama aku ada kat sini macam-macam pengalaman manis, pahit, berkawan, bergaduh, keluaq sama-sama, masak sama-sama, makan sama-sama, study sama-sama pi jalan-jalan pun sama-sama. waaa... balik cuti nanti mesti rinduuu..... walaupun aku selalu kena tinggal sorang-sorang kat rumah disebabkan oleh housemate yang duk area-area johor-melaka ni. huhu ! time kena tinggal tu sedih lah kan ! yalahh macam-macam takut, pikiaq, kena marah lagi sebab duk sorang-sorang. ulang alik dari taman manis sampai taman maju ni tiap-tiap minggu. tapi oleh sebab ada kawan-kawan yang best dan masyuk itu aku jadi lupa semua tuh. huuuu..apakah perasaan ni, baru ja nak balik cuti sem oit. bukan dah habis belajaq ! mengadalah hang. tapi tak salah kan sayang kawan-kawan sendiri. kalo depa tadak kat sini, apalah ertinya. haha ! jangan nak muntohh hijau pulak statement aku nih. seriuusss weh..ampa baru balik sehari pun aku dah sunyi kat sini. huhuhuhu ! nak balik jugok.. nasib semalam ada ida yang kurus & ana yang comel temankan aku. bersyukur.
to all my friend, SARANGHAE ! <3 all the best, kat kampung nanti jaga diri. jangan asik makan-makan ja. haha. aku ler tew salah sorang. harap-harap result kita best sem nih. penat lelah study sama-sama. huhu ! cayalah.

Nah aku tuju lagu khas untuk ampa semua. kawan-kawan ku <3




p/s :: warghh. cepat-cepat lah roadtax momo aku sampai. tak sabaq nak setelkan hal momo nih. kena angkut beliau balik. cuti lama nih nanti rinduuuuu.

Wednesday, June 20, 2012

Finally, tamat sudah tahun 2


Alhamdulillah,
selesai jugak final exam kali ni.
tahun 2 semester 2.

walaupun risau amat, sebab tak yakin & tak terlalu mengharap exam kali ni.
tapi. insyaAllah, moga Allah permudahkan segalanya. Aminn..

Year 3, waiting ^^,

Wednesday, June 13, 2012

2nd trial : pulut serawa durian



serawa durian ? 
laparnya tengok gambar ni.. sebab ni kisah hari sabtu lepas baru nak update. hihi ! disebabkan oleh sibuk membawa buku kesana kesini kat library. konon lah.. study sangat. yew..~

hari tu, duk kat library kejap ja sebab rasa lenguh-lenguh badan. terus balik awal. dalam perjalanan tiba-tiba ternampak ada makcik jual durian kat tepi jalan. macam best ni, teringin pulak nak makan. pi singgah beli, ada 3 jenis harga ikut timbang kg.

1 kg RM4 untuk buah elok isi kuning dan buah baru. makcik tu cakap buah baru. besar-besar jugak aku tengok.
1 kg RM2 untuk buah semalam yang ditebuk tupai, yang pecah-pecah sikit, yang entah la aku pun taktau sebab apa ada harga camtu. selalu aku dengar kelapa ja ditebuk tupai, rupanya durian pun ada jugak. lol. tak luka ka mulut tupai tu duri tajam-tajam? haha.
1 kg RM1 untuk buah gred z...hua....sangat tak bagus ni, dah pecah-pecah, kecik, macam buruk ja buah. hurm..
godek pi godek mai aku amik lah sebijik yang harga 1 kg RM2 tu.. orait pa, aku sorang ja nak makan.  hoho.. 1st time beli durian beb. hentam saja.


ni lah rupa durian 1st time beli sorang-sorang. :)
ok jugak isi dia elok, tak nipis, rasa pun okay tak tawar. kira lulus lah ni kan.


sekali tengok ada bentuk LOVE


2x tengok memang ada bentuk LOVE, tapi LOVE tak jadi.


oleh sebab teringat kawan-kawan yang mengidam nak makan durian, makanya aku pun try lah buat serawa. resepi mak :) tQ mak.

esok tu pun bawa lah pi kat kawan-kawan. syok tengok depa makan.. ingatkan tak habis dah.


RESEPI SERAWA :

5-6 biji isi durian 
1 paket santan 
3 cawan air 
3 sudu gula 
3 sudu sagu (rendam 15 minit)
1 helai daun pandan
sedikit garam

panaskan air, lepas tu masukkan semua bahan. kacau-kacau sampai masak.
dah siap ! 




tenang sekejap


alhamdulillah, dah lepas 2 paper (hubungan etnik & finance).. ada lagi 3 paper (analisis, law, cons.equipment).. walaupun tak brapa nak boleh jawab sangat tadi, tapi tawakal jelah.  usaha dah, doa pun dah, tawakal ja. harap-harap dapat lulus pun dah okay. sebab carry mark kali ni taktau berapa. adoi. tapi berharap jugak result okay. hurmm...

disebabkan paper start next week, so hari ni rileks sat.. belek-belek blog sat. ehem ! now, dah dapat cara baru nak hilangkan stress. buka blog masakan. tengok gambar-gambar makanan yang best-best. yuhuu ! and follow skali nanti boleh tengok lagiks.. :)

caiyok untuk lagi 3 paper ! gandakan usaha. esok bertapa kat library lagi. rehat puas-puas hari ni. yay.


Saturday, June 9, 2012

1st trial : pulut daging goreng pedas

Assalamualaikum..w.b.t

Hari tu.. duk rumah sorang-sorang. sebab aku sampai awai kat rumah sewa.
kawan-kawan lain tak mai lagi.
pastu mulalah lah pikiaq nak makan macam-macam.
biasalah, aku dah sinonim dengan makanan.
tengok muka aku ja. MAKAN. MAKAN.

entah mai mana mood nak makan pulut.
pulut diimport dari rumah perlis :)
dah masak pulut...pastu pikiaq nak makan dengan apa pulak. lol
ikan tamban kering tadak..

1st time ni masak pulut. menjadi.
 

last-last decide nak pulut daging goreng pedas,
makanya terhasillah macam dalam gambaq bawah ni.


 O(≧∇≦)O

rasa dia boleh tahan lah.. hihi ! 
lepas makan, tak sampai setengah jam.. terus jadi camni 

p/s : lepas ni nak pulut serawa durian pulak ! 
(^~^)

Tuesday, June 5, 2012

Alone Again

pic :: teringin nak pi tempat camni.

alhamdulillah,
sampai jugak aku kat Johor pagi ni..

kelam kabut semalam naik bas.
bas pukul 8.00 malam, tapi gerak dalam pukul 7.53 camtu lah.
siap ugut-ugut lagi pakcik tu nak tinggal sapa yang lambat. LOL
padahal bukan lambat pun. tak sampai pukul 8.00 lagi kot. ceh..
nasib aku sampai awai jugak semalam.

bekal aku bawak untuk selesa atas bas,
jeng-jeng : bantai dengan selimut.
tidoq lena kot. haha!
teruk..
nasib sampai pagi tadi kawan aku gerak.
kalo tak, dah melepas sampai ke JB dah.

oleh sebab minggu ni study week, so aku kena rancang elok-elok..
Planning untuk hari ni ::
selasa - study finance dulu... buat apa yang patut....
sekarang, mau tidur dulu.... walopon tidoq atas bas semalam tapi tetap letih....
8.00 malam dari Kangar - 7.00 pagi Batu Pahat.
lenguh badan.


p/s :: mesti buat yang tebaik ! caiyok ! walaupun bersendirian. kuatkan semangat !