Friday, November 30, 2012

Face The Reality

gambar lama.
1980-an


my lovely mom & dad
- 1988 -
&
ME
yang nampak belakang baju kaler emas tu bapak aku masa muda.
mak tidoq ka tu ? :P

Bestnya jadi budak kecik. takyah pikiaq langsung hal-hal dunia yang memenatkan.
ohh. zaman tu dah lama berlalu.
face the reality.

i'm 24 years old just now.
- 2012 -




peace !

Monday, November 26, 2012

SEOUL FM best jugak lah !

Annyeong !!


sapa peminat lagu-lagu korea kat sini ? aku nak share link radio online SEOULFM ! sapa yang dah tahu tu shhhh.... diam-diam. sapa yang belum tahu nih LINK dia.... lagu-lagu kat sini semua best-best sedap jadi halwa telinga bagi aku masa buat psm. hihi.. selamat menjamu telinga semua ! :)


Thursday, November 22, 2012

Hari bahagia.

hari ni hari yang bahagia bagi aku.
sebab ??










hari ni dapat baju baru.. yey !
nih dia..


dah lama tak beli baju baru.
cehceh.. yola tu...

tapi baju aku yang atas kiri tu ja.
yang lain2 baju membe.. lawa kan?

babai.

Friday, November 16, 2012

i love you more momo


kadang-kadang bila kita buat sesuatu yang tak dirancang tu memang best kan?

sebabnya hari ni memang aku buat benda tak rancang ni... oke tajuk kali ni memang macam erkkk je kn. x per... sebab momo lah aku hepi.  sayang momo lebih lebihan lah !

kisahnya macam ni. pagi tadi bangun-bangun pagi badan terus rasa macam lemah semangat macam nak tido terus malas nak bangun. sebab rasa macam tu, mula la nak cari idea nak bagi hilang rasa tak bagus tu.
dah dapat idea ! roomate nak balik kg, selalu dia balik naik bas je dari sini. tp hari ni dia nak beli barang kat BP-Mall. aku pun apa lagi, idea aku adalah offer nak pi hantaq dia lah !, tp kt bp-mall jelah. kuikui.. tapiii pi dgn momo tau. huiiii... tengah hari rembang,panas lit2 haaa...x peerrr....janji bleh pi BP. (BP=batu pahat)

merempitlah 2,2 orang gadis ayu nih dengan momo dari parit raja ke batu pahat. okey. dah 2 tahun aku duk sini tapi tak pernah lagi lah aku bawak moto sejauh tuhhh. bahaya beb. orang yang duk sini tau lah jalan kat sini bahayanya camna. tapi entah hantu apa yang merasuk hari ni. teruss pi tak pikiaq apa dah.

yang paling besttttttttttttt sangat hari ni sebabbbbbbbb aku nak tengok movie ISTANBUL AKU DATANG ! last-last dapat jugak....waaaa... best sangat crita niiiii. best best. kalo ada orang nak ajak aku pi tengok lagi sekali pun aku nak ! phewww... so sweet lah lisa... :) nasib ending dia macam yang aku nak. kahkah... so, sapa-sapa yang tak tengok lagi tu. sila-sila lah. kompom tak nyesal..

malas tulis panjang, bukan ada orang nak baca pun. huahua.... layan gambar jelah...zasss....

omo... comel sangat lisa dalam ni.... beto pun. love both.. tapi tomok...erkk....=,=''


sambil tunggu nak masuk dalam, amik dulu pic sebutir dua buat bukti bagi kawan-kawan jeles kan. keji.


cerita yang best. my roomate ni sampai nangis2..opss....
5 bintang aku bagi. nah amik.
.
.
.
.
.
.
.
lepas keluar wayang laju-laju pi order takoyaki. sedappnyaaa... masih terbayang makanan kegemaran  =,=


bila lah nak siap nie... nak makan. nak makan. grrr..



yayyyy... akhirnya sampai jugak ! big smileeeeeeee.... comel ja my roomate ni senyum kankan

tadaaaaaaaaaaa...


nyummm..nyuumm... jemput makan.... bismillah....



lepas kenyang masing-masing ikut haluan sendiri. sorang ke melaka lagi sorang balik parit raja..
sampai parit raja beli ais krim kegemaran, makan sambil feeling bawak moto. waaahhh. sorang-sorang pun jadi.

nilah momo kesayangan pujaan hati jantung. big hug. muaahh muahh oke haku memang over... =,=



okeh. tu ja. jumpa lagi bye ! :)

Wednesday, November 14, 2012

mulakan hidup baru !

Assalamualaikum.

sedar tak sedar sudah setahun berganjak, berganti tahun baru. salam maal hijrah 1434 untuk semua muslimin dan muslimat.semoga dengan datangnya tahun baru ni, kita akan lebih banyak berhijrah ke arah kebaikan. tingkat kan amalan seharian, kurangkan  perkara lagha...



kita memang akan sakit pada permulaan hijrah,
tetapi apabila permulaan itu lillahita'ala
insyaAllah kita akan berusaha untuk menjaga istiqamah.
perbaiki diri, hiasi peribadi.

:)

#lupakan perkara yang dah lepas. mulakan hidup baru. tabahlah duhai hati#

Tuesday, November 13, 2012

Tips menyayangi seseorang =)


1.

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

sumber : http://www.ohbelog.com/read/10091/1149/

Monday, November 12, 2012

aku hanyalah lipan


 hai. aku lah serangga. nama aku lipan. aku dilahirkan dan dibesarkan di lubang floortrap tandas rumah no. 19 taman **** kat parit raja. lubang tu sangat sejuk, nyaman, takyah pasang airkon dah... besttt je...... sejuknya takyah ceta...




aku ada satu tabiat. aku sukaaaa sangat ganggu tuan rumah bila dorg masuk toilet.
time tu aku akan keluar merayap2 menakutkan dorg. dorg pun apa lagi - menjerit-jerit lah lps tu cepat2 keluar tandas. banyak kali jugak taw aku buat feel macam nie... hehehe... nikmat mengganggu orang ni tersangatlah best.. macam makan ayam bakar. erk. tapi aku x pernah makan lah. aku amik pengalaman tuan rumah jerk. 


satu hari, macam besa lah, aku dengar tuan rumah masuk toilet... aku pun apa lagi, cepat2 lah aku keluar dari lubang nak mengusik...ala, macam biasa.. pastu aku pun cepat2 gi merayap dekat dinding. masa tu tuan rumah tengah bilas baju.. dia jerit kejap pastu cepat2 keluar. tak sempat aku nak feel ganggu tau.... baru ja aku nak masuk lubang semula, tetiba aku rasa badan aku panas sangat-sangat macam kena air panas... baru ja aku nak pandang atas tengok apa yang berlaku, sekali lagi aku rasa kepanasan. okeh. aku memang kena simbah air panas pun. sakit dan pedih sangat. aku tak mampu lagi bertahan. tamat lah riwayat aku kat situ... kejam kan cara kematian. tapi.. ni pun salah aku jugak suka mengganggu. badan aku yang warna merah merah hitam pun bertukar lah jadi warna yang pudar pudar sikit.. ala...macam ketam kena rebus tu...



ni lah rupa tuan rumah tu...



lepas ni, aku tak boleh la ganggu dorg lagi... tapi takpa, anak cucu aku masih ada... HAHAHAHA.

#aku lipan jahat#