Saturday, April 28, 2012

nasi ayam bujang


Assalamualaikum.
Hi.
Annyong.

(❁´◡`❁)♡スキ♡

panas-nya cuaca hari nih kan. panas sampai duk-saja-depan-tv pun bleh berpeluh melekit macam baru balik joging 100km. ok tipu 100km tapi memang leceh lah. dah mandi pun rasa macam tak mandi ja 10 hari. hui~

panas luar, panas juga dalam. sama jugak dengan cuaca dalam hatiku..
bukak-bukak ja facebook, semua pun nak update pasal BERSIH ja. ada yang sokong. ada jugak yang tak. okay lah, aku tak kisah pun mana-mana tapi at least hormat lah pandangan orang lain. ni tak, duk maki hamun, pastu naik kat wall orang. ok fine, aku dah hide pun semua. dah takyah cerita pasal tu lagi.hehe ! (◦⃝⃚⃙⃘⃙⃚⃙⃚⃙⃘⃑_◦⃝⃚⃙⃘⃙⃚⃙⃚⃙⃘⃑)

hari ni aku masak nasik ayam. atau lebih tepatny-nya, "nasi ayam bujang" sebab senang sangat-sangat. boleh la korang try nanti. bagi yang tak pernah buat lah. macam aku nih.. (ʘิ__ʘิ) (ʘั__ʘั)
untung jugak lahhhh tak leh balik rumah kan. ada hikmah tu. takyah bersedih sangat. huhu ! setiap minggu boleh praktis resepi baru dengan kawan-kawan rumah taman manis. ohsem.

1st time masak nasi ayam dengan cik lulu, cik fiza & cik fira. ingatkan susah. rupanya sambil buat asignment pon boleh. suka-suka-suka. kawan-kawan makan sampai tambah-tambah. (tapi semek lulu bagi tumpah semua nasik yang lebih) - (✖╭╮✖) -

aku dapat resepi ni dari cik google. tapi aku ada la modified sikit-sikit ikut citarasa. hee ~ nyum-nyum....

bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
  • 6 cawan kecik beras
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji timun
  • 2 batang serai
  • 3 bijik tomato
  • halia
  • sos cili
  • kicap
  • cuka
  • salad & daun sup secukup rasa
  • sup bunjut
cara masak
  1. bersihkan ayam, rebus dalam air yang banyak dengan 1 batang serai. untuk buat sup & masak nasik.
  2. pastu asingkan air rebusan 1 untuk sup, 1 untuk nasik.
  3. masak nasik dengan air rebusan ni, tambah 2 sk garam, 2 daun pandan, 1 inci halia, 2 ulas bawang putih dan sedikit serbuk hilal & kunyit.
  4. untuk sup pulak, masukkan 1 batang serai, 1 inci halia, 2 ulas bawang putih, sup bunjut & garam secukup rasa.
  5. ok dah setel untuk nasik & sup. sekarang nak buat ayam pulak.
  6. untuk perap ayam, guna 3 sb sos cili, 3 sb kicap, 2 ulas bawang putih (tumbuk), gula dan garam.
  7. perap ayam yang dah direbus tadi (aku perap 15 minit ja). goreng.
  8. lebihan kuah perap ayam boleh buat sos kicap untuk makan dengan nasi nanti (▰˘◡˘▰)
  9. lastly, buat sos tomato. 1 bijik tomato, 3 bijik cili besar, garam, cuka. blend sampai hancus.
  10. potong-potong salad, timun, dan tomato. tadaaaaa ~! siap ~! (˘з˘)







ni pinggan aku. hue-hue (●♡◡♡●)

p/s : sapa yang duk area parit raja, nanti boleh lah try ice-blended depan Lionmas tu. sedap sangat.



korean daily dress


Assalamualaikum...
woot~woot~
apa khabar awak?
harap-harap awak sihat-sihat belaka.
(•‾⌣‾•)و

semalam kan aku pi kolam renang kat Keluang.
sebab dah bosan sangat-sangat kat rumah. nak pi sorang-sorang takut lak..hee ~
duk planning dari awal minggu lagi. ajak si fira classmate aku.
sebab tak ramai yang suka benda-benda camnih.
pastu paksa lulu ikut.. haha.. terbaiikkkk.... (ㆆᴗㆆ)

and banyak sangat masalah yang berlaku kat sana.
okay, aku tak mau cerita panjang pasai ni.
sangat menyakitkan hati hokay. dush !

----------------------------------------------------------------------

berbalik kat tajuk, dulu, kini selamanya...
aku minat tersangat dengan pakaian ala-ala korean nih.
huiii....~ tak kesah lah camna rupa bentuknya.
kalo nampak comei kat mata aku, terus rasa macam nak beli.
tapi baju-baju yang aku suka jarang nak jumpa kat kedai-kedai.
selalu online blogshop ja ada.
tapi tak kesah lah kan.
dapat tengok x dapat beli pun okay paaa....

(●♡◡♡●)

bak kata alah membeli menang memakai.
heh.



budak gila korea. kena kutuk tak pa. janji hati puas.
keh keh


p/s : tengah menelaah hangul
(♡ ╹◡╹ ♡)


Thursday, April 26, 2012

hari-hari pun busy !




Assalamualaikum ....
Annyong....
Saranghae...

hui.
hui.
hui.

busy betul aku minggu nih.
tapi tak la busy sangat pun.
saja ja menjaja cerita.
keh3~

teruk kan?
padahal duk tengok ONE PIECE ja sampai lebam.
tapii.....
busy jugak lah tu.
mengadap laptop ja keja aku.
dah nak sampai episod latest dah.
heaven !!

(ㆀ˘・з・˘)


nie jumaat minggu lepas punya cerita nih,
tak sangka esok dah jumaat.
cepatnya masa berlalu...
macam nasik berlalu kat tekak aku.
cepat pulak lapaq.
haishhh...

jumaat.sabtu.ahad.isnin.selasa.
4 hari ni duk pulun buat prop,proposal & segala bagai..
just untuk..

"HARI KEUSAHAWANAN 2 BPC"
(salah 1 subjek untuk sem ni)
and semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah !


group aku buat projek Photo Garage
agak penat jugak la...
start dari pagi kul9 kami dah sampai booth,
hias-hias suma bagi cantik-cantik.

then,

pa lagi...
bersakan lah kan kat situ..


tadaaaa......


ieda . lexus . fiza

lexus . ida


nie gambaq lepas habis penilaian..
suma pakai baju pink..
cantik kan ?
Dr. suka group kami.
happy.happy.


program habis dalam pukul 5 lebih.
tp mood gedik tu masih ada.
p amik gambaq plak kat depan library.
dengan prop-prop.
poyos betoi.



p/s : lepas balik rumah terus lena tekedang.
dahsyat punya letih.
hui.

Tuesday, April 24, 2012

gambar-gambar unik

24 April 2012

oleh sebab mood aku skg tak brapa nak best,
and aku takmau spoilkan lagi mood aku,
makanya aku pun merayap lah kat alam maya nih..
then aku jumpa gambaq-gambaq nih.
yang berjaya buat aku senyum sorang-sorang depan lappy.

jum skodeng ! hehe..













kreatif kan ?
>__<


okay, dah boleh sambung buat kerja.
bye.


p/s : i'm lucky coz i still have you. saranghae <3

Thursday, April 19, 2012

wah, macam mana nie !


Assalamualaikum..
baca tajuk tu, "wah, macam mana nie !"
macam mana apa?

kisah dia macam ni....
ermm....
macam mana ni.....

okay, baik lah.
sebenaqnya camni....

kawan baik aku..
TINIE (sekolah) & WANIE (polimas)



nak kawin bulan 5 nanti..

masalahnya tarikh tak sama..
kalau aku nak balik,
kena balik 2x...
kalo 2x.. kos pulak double..
aku student yang mengharapkan ptptn...

huhu....
sedih !
aku harap aku ada ,
time kawan-kawan kawin..
hari bahagia depa..

tengok depa depan-depan,
takmau tengok gambaq ja..
lagipun lama gila dah tak jumpa..
huhu !

tini & fizi..
wani & adi..
..

huhu lagi ,
camna nih...
wah, tolong saya !

apa penyelesaiannya??
tunggu waktunya....

kepada kalian,



aku doakan semoga..
perkahwinan kalian diberkati Allah SWT..
dan semoga tabah dan cekal untuk menjadi isteri solehah..
dunia dan akhirat..
aminnn...

&
selamat menjadi isteri !

LOVE YOU




p/s : aku bila lagi?

Thursday, April 5, 2012

kejadian yang berlaku sebelum midterm.


Assalamualaikum....

wahwah.. tak berapa jam lagi ni dah nak gerak balik kampung. huehue.... tergedik-gedik dah aku ..happy nih. lama gila tak balik rumah. tolak tambah 2 bulan...pehh....rinduuuu-serinnduuu-rinduuuu-nya kat perlis. barang-barang aku satu hapa pon lum packing apa lagi neh. haha.. gila punya olang. satgi tobat dah kelam kabut..

tapi dalam kelam kabut aku, 1 asignment dah siap hantaq...legaaaaa....kalo tak memang lah serabut perut dengan benda alah tu.. (baca : C&I) . sapa yang pernah ambik subjek ni taw lahh... gila-gila sikit soalan dia. hahah.. nasib aku tak gila lagi... lani cuti aku terganggu sikit sebab asignment peralatan binaan ja tak buat lagiiiii....~ huargh !

malam ni balik dengan budak kelas aku, boboi, siput dengan nik. harap-harap semua nya baik-baik... doakan perjalanan kami selamat. aminnn....

bawah ni saja nak tempek gambaq sekitar 2 minggu ni.....aktiviti seorang aku. haha.... layannnn......



------------------------------------------------------------------

:: INDOOR ::

cari persamaan gambar




........................

time kelas... kami-budak-rajin-belajaq :P



..............................

yang nie time study analisis struktur kat library. semua dah tunggang terbalik.
p/s : Thanks fiza comei sebab jadi sifu hari tu. muahh :)
(fiza comei 4 dari kiri. dah berkerut dahi..hihi)



lepas penat belajaq, p toilet basuh muka, amik gambaq seround terus fresh boleh study lagi 4 chapter.

--------------------------------------------------------------

:: OUTDOOR ::

ni lak time program melestarikan mahasiswa berkepimpinan. time nie peserta kena dirikan batang paip 13 batang dengan menggunakan tali.
hujan = habis kasut seluar belemoih time tu.


Background : UTHM library


Background : Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan dan Keusahawanan.
(hujan kan..mesti lah kena berpayung.... tak-gedik-tak-sah-haishhh)

....................................................................

Makan Time
lepas balik dari test law. dah macam habis final dah aku rasa time ni. pi makan bakso sedap kat parit botak. gambaq bakso lupa amik.. tapi serius bebola daging dia besar gila. kenyang sampai rumah !


ida - special untuk hang. sebab tolong amikkan gambaq kami :P



...................................


Outing , untuk asignment Hubungan Etnik. Best !!




.
.
.
.
.
.
.
.



lastly, nak tempek jugakk : kedudukan dari belakang, cik ego liza, cik nouvo nora & cik momo aku.
hahaha.. !
serius aku nampak cam suwiittt jaaa binatang peliharaan kami nii..
kan?



Thank you for reading this entry !