Friday, December 14, 2012

takdak tajuk

Alhamdulillah. dah selesai 2 kerja tertanggung. psm dgn sm. walaupun tak bagus mana, tp at least aku dah cuba. wuhuuu,,, sebenaqnya x leh nk wuhuu sgt.. ada lagi 5 yang still pending. -.-
ok baik lah. aku mesti bekerja keras sekarang !

nantikan update resepi baruuuuu dari aku. heh. :)

Monday, December 10, 2012

sepagi bersama

er, hello. selamat pagi ! wah, best bgn pagi-pagi neh ! sejuk- sejuk - sejuk. okay. memang sejuk pun. buka pintu dengan tingkap luas-luas, biar udara sejuk masuk. peh memang terbaik ah ! walaupun tersasar teruk dari target. now dah pukul 7.30 am, aku target nak bangun pukul 5.00 am. see? jauh kan lari tuh? tapi takpe. udara masih sejuk. hehe !

eh, aku mana ada kelas hari nih. bangun awal pun sebab nak siapkan kerja kerja sekolah yang still pending. LOL. banyak tau. semua due date sekembar je. tapi kalo takda keja pun aku still bangun awal tau. haha. what the motif nak bagitau? haha. saja ja nak tunjuk aku bangun awal. heh. tak riak kan?


nilah senarai sepagi bersama aku tuh. selamat menunggu turn anda ye !

Selasa 8.00 pm-11.00 pm : report - slide - presentation Facility Management
Rabu 9.30 am : presentation PSM I (perlu siapkan slide dengan report =,=
Rabu sebelum 5.00 pm : report Strategic
Jumaat : 8.00 am : presentation Strategic


banyak keja pun still boleh blog lagi? err tu sebab nak ambik mood lah. aku janji akan buat rajin rajin sampai siap jugak hari ni semua kerja nih. Ganbatte !! Selamat bekerja keras wahai pelajar !

sambil-sambil tu, pekena dulu milo secawan dua. aku tak minum kopi jadi milo pun orait sangat daa..


thank you for reading this entry ! babai

Thursday, December 6, 2012

Karamel oh Mudahnya [rumah sewa style]

angin sepoi-sepoi. cuaca redup. tanda-tanda awan hujan makin jelas. tapi tu semua bukan persoalan kat sini. sbb aku, bukan terlibat untuk semua kejadian tu. tugas aku kat sini menconteng secoret dua utk entri si owner blog kali neh. haha, mcm annoying je. tp who's care. at the end aku gak yang nak baca blog si owner neh. bosan-bosan hadap petang yang takda aktiviti berpekdah, mula la fikiran mencari idea untuk mengenyangkan si perut. then, guess what? karamel come across ! seumur hidup cuma tau makan. makan pon beli sepotong dua kat pasar. tuh pon pasar ramadhan hokey. terbang la duit untuk sekeping cuma rm2. poor -__-"
then, memandangkan one of us yang master dlm bab-bab karamel nih. so the mission begin! karamel tak sesusah mcm nak buat pengiraan add math. tuh fakta! karamel by fira (cewah credit to pembuat karamel plak) mudah. erh salah, amat mudah. budak kecik pon boleh sengeh cakap "alahai, semudah ni je".  so, ilmu yang baik, yang mudah, wajiblah dikongsi. wajiblah update satu entri untuk owner blog hantu makan-makan neh (bodek skit, pheww) haha, let's have a look how we made a simple karamel di petang yang sepoi-sepoi. :)


Bahan-bahan A
7 biji telur
6 sudu gula pasir
1 tin susu cair
1 sk esen vanila

Bahan-bahan B (untuk gula hangus)
7 sudu gula pasir

Cara masak
- Bahan A (campur semua dan kacau sebati)
-Bahan B (masak di atas dapur dengan api yang kecil sehingga gula jadi keperang-perangan)
-Tuang Bahan A ke dalam Bahan B
-Kukus selama setengah jam


gula hangus yang keperang-perangan. nampak sedap kan? hee~ make sure kacau dan sentiasa kacau  elak hangit okeh.



bila dah masak gula hangus tuh, masuk Bahan A yang dah siap dikacau sebati. oh mudah.

neh la umah sewa style. guna periuk untuk kukus. pon boleh. sbb umah takdak pengukus. okey? mudah jugak kan? hehe :)


okey. here we go! mcm neh la rupa sebelum dikukus selama setengah jam.


taraa ! sekali lagi umah sewa style. sila faham tudung periuk hilang tak dapat dikesan. poor again. -__-" asal boleh, guna yang ada. mudah kan? one more, sila abaikan botol sos dan seangkatannya di tepi. huhu..

hasilnya.....


okey. hasilnya. neh la Karamel oh mudahnya by fira. mudah. dan sangat sedap. sila percaya! hehe..

p/s : kalau nak lagi beshhhh, simpan la karamel tuh sekejap dlm peti ais. serius beshhh bila makan.
p/s : entri ditulis secara paksaan. owner blog memaksa. -__-"


saya yang dipaksa,
kawan.



Wednesday, December 5, 2012

Ayam Percik Simple [Resepi]

Annyeong !!
hari ni aku nak share resepi paling mudah dalam dunia.
tolak masak air dengan goreng telur tau.

:: AYAM PERCIK ::

^____^


Bahan - bahan :

1/4 @ 1/3 @ 1/2 ekor ayam (ikut saiz)

(bahan blend)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inchi halia
3 sudu cili boh
1 sudu kecil ketumbar
200 ml santan pekat
garam & gula secukup rasa

*blend dia lumat-lumat ^_^


Cara cara dia :

potong ayam kecil-kecil - basuh bersih-bersih dengan air tepung gandum.
toskan.
masukkan bahan blender & ayam dalam periuk. 
perap 30 minit.

lepas tu rebus. agak-agak ayam dah masak tu, asingkan ayam untuk digoreng.
(nak bagi ayam tu rasa macam minyak-minyak sikit)

untuk kuah dalam periuk tu pulak, kecilkan api, renehkan kejap.
agak-agak kuah dah pekat tu. dah siap masak ler tu.
mudah kan ?


Tadaaa !!

sonang ja nak masak ayam percik nih.. selamat mencuba ! ^^,