Monday, December 7, 2020

Roasted Chicken with Pesto


Simpan dulu. Nanti update resepi :)

 

Resepi Mee Daging Mak Mertua




 hi :)

Sedapnya rasa kuah mee ni! Resepi asal tu udang tapi udang takda so kita ganti daging. Rasanya tetap sedap :)

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning (mee gardenia)

1 bj ubi keledek

3 bj ubi kentang


2 sb udang kering (rendam & blend)

3-5 sb cili boh (ikut kepedasan yang nak)

1 sk lada hitam

5 sb sos tomato

 Udang/Daging/Ayam


Tambahan :

Telur rebus

Sawi celur

Cili potong

Bawang goreng

Daun bawang

Ramen Pedas ala chinese style


 Bahan-bahan (1 hidangan) :

2 sb minyak bijan

2 ulas bawang putih

2 biji cili 

1 pokok daun bawang (batang untuk tumis, daun untuk hiasan)

1/2 atau 1 kiub lembu (ikut nk masin atau plain)

2 sb cuka hitam

2 sb kicap cair

2 sb chili flakes

1 sb bijan

sayur-sayuran, daging, udang, ayam (terpulang apa yang ada dalam peti ais - rebus dulu)

2 biji telur

1 bungkus ramen

air secukupnya, biar sama paras ramen


Cara Masak :

1. Panaskan minyak bijan.

2. Tumis bawang putih, cili, cili flakes, daun bawang.

3. Masukkan sedikit air.

4. Masukkan bahan-bahan lain.

5. Masukkan mee.





Thursday, December 3, 2020

spageti bolognese pedas (sumpah sedap versi tekak melayu)

 Hi :)

Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2020 ;')

Hmm.. cepat betul masa berlalu kan.

Dah, malas nak taip cuma nak tulis resepi kat sini supaya senang refer balik. Of course lah sedap kan. Sebab tu kena tulis. Hihi



Masih teringat rasa dia. Pedas-pedas masam dan berlemak. Perghhh...

Bahan-bahan Sos Bolognese :

1/2 biji bawang holland 
3 ulas bawang putih
8 biji cili siam
1/2 biji capsicum hijau/merah/kuning
1/2 biji carrot
3 biji tomato (hiris dan buang biji)
7 biji cendawan / 1 tin cendawan
300 g daging kisar / 1/2 pek daging yang kecik 
1 tin sos bolognese (300g), tin yang kecik
1 tin tomato puree
5 biji meatball (potong 4)
Italian Herbs/Oregano
Air rebusan spageti
Serbuk keju parmesan
garam
1/4 cawan susu full cream



Sos Bolognese ni memang sedap ye.


Ni plak tomato puree yang aku guna. Sebab dia kecik senang guna 1 tin terus.


Cara Memasak :

1. Tumiskan bawang holland dalam minyak olive. Minyak letak sikit je. Dah layu sikit then masukkan bawang putih dan cili potong.
2. Masukkan daging kisar, capsicum, carrot. Masak sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato dan cendawan.
4. Masukkan sos prego.
5. Kalau pekat sangat, tambahkan air rebusan spageti.
6. Masukkan italian herb/oregano. yang mana ada boh ja.
7. Masukkan serbuk parmesan 2 sudu besar.
8. Masukkan susu.


Tips Spageti Cantik :

1. Rebus spageti ikut arahan pada bungkusan. (Berapa minit perlu rebus)
2. Pastikan air betul-betul panas baru masukkan spageti.
3. Letak sedikit garam dalam air rebusan.
4. Lepas angkat & tos, baru letak minyak olive dan gaul-gaul.




























Monday, May 18, 2020

RESEPI NASI TOMATO SEDAP DAN SENANG

BAHAN - BAHAN :

2 cawan beras basmati * rendam dalam 30 minit*

3 cawan air
1 batang serai *ketuk
1 inci halia
2 helai daun pandan
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu planta/minyak sapi
2 sudu minyak masak
rempah 4 sekawan
kismis
1 kotak kecik fresh milk
1 tin kecik tomato puri
1 sudu gula
1 sk garam
(gula & garam tambah biar secukup rasa)

CARA-CARA :

1. Masukkan minyak & planta/minyak sapi.
2. Tumiskan daun pandan, bawang, rempah 4 sekawan, serai.
3. Masukkan beras. gaul rata.
4. Masukkan air & susu.
5. Masukkan tomato puri & kismis.

Masak hingga nasi masak.

Hiasan: Taburkan bawang goreng & daun sup atas nasi :)

Tuesday, February 11, 2020

RESEPI UDANG TOFU MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN :

2 ketul tofu
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
10 ekor udang saiz besar
1 sudu besar taucu
2 cawan air


CARA MASAK :

1. Goreng tofu hingga kekuningan. Ketepikan. Bila dah sejuk, potong 4.
2. Masukkan minyak, tumis bawang putih, masukkan taucu dan kacau. Masukkan air.
3. Bila dah mendidih, masukkan cili, bawang besar dan udang. 
4. Masukkan tofu. Biarkan sekejap, perasakan then tutup api.

Thursday, January 2, 2020

HOLA 2020 !

Welcome Back to my blog !

Sempena Tahun baru 2020 ni, aku berazam nak jadi vegan,gluten-free,dairy-free untuk next 2 weeks! Wish me luck uols. Nanti aku akan share resepi-resepi vegan,gluten-free,dairy-free kat blog ni.