Friday, January 18, 2013

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk
yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak
sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya."


sumber asal : FACEBOOK

hahaha , takleh tahan betul baca benda neh. kelakar jek. buang penenang hati yang lara sebab semuanya dah hancus ! ah tidak.. apa yang aku merepek neh ? huhuhu. aku nak bagitau aku dah habis exam ! huyay, tamat sudah sem 5. lepas ni balik kg cuti sem sebulan, sebulan lah aku sepi. huu..~ sadis. papai olls. see u next sem xoxo.

No comments: